Thursday, December 19, 2013

TESTIMONI SET MENYUSU SHAKLEE


Nak tahu sejauh mana kepuasan pengguna untuk set menyusu ni?? Meh saya bawakan koleksi testimoni mereka yang consume set ini.

 Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Testimoni 5

Testimoni 6
012-5756 992
fb: Natural Vitamin Shoppe
add fb : Ima Erniza

Tuesday, December 17, 2013

KELEBIHAN SET MENYUSU SHAKLEE

INI BUKAN CERITA DONGENG ATAU PROPA YE.....
Kenapa saya pilih set menyusu Shaklee dan terus jatuh cinta?...sedangkan banyak lagi milk booster kat market.

Dua tahun lepas, saya minta pakcik google recommend kat saya milk booster, niat di hati untuk bagi anak dapat susu badan sepenuhnya...


Pakcik google pun recommend la kat saya macam-macam milk booster....saya pun dah x ingat...saya search sampai page ke 10 kalau tak salah...salah satunya set menyusu Shaklee.

dan saya akhirnya memilih set menyusu shaklee kerana testimoni yang memberangsangkan.
saya mulakan dengan trial pack untuk stock sebulan. bila dah mula makan, maka rajin la saya google kebaikan vitamin2 shaklee ni. Ooooooooooooooo banyak lagi khasiat vitamin2 ni selain jadi milk booster. walaupun agak lambat kesannya, Almaklumlah Vitamin bukannya ubat ataupun drug maka saya teruskan juga....

2nd month saya continue dengan trial pack lagi. 


3rd month saya ambik 2 set trial pack sekali, untuk bagi hubby rasa kebaikan vitamin ni. Ye la, nak jugak bagi cik abang rasa kebaikan dan kelebihan supplement Shaklee. Satu lagi sebab saya bagi dia makan adalah kerana saya ada terbaca Alfalfa juga dapat membantu orang yang ada penyakit GOUT. 


4th month, saya beli full pack disebabkan saya telah jatuh cinta dengan vitamin shaklee...Beli untuk tambah susu, tapi dapat bonus lain pulak...siapa tak nak?


Apa yang ada dalam set menyusu Shaklee ni?

Kenapa saya jatuh cinta dgn Set menyusu Shaklee selain daripada MILK BOOSTER:


  • Kulit bertambah cantik dengan adanya B Complex dan Vit C dan ESP
  • Luka, parut2 dan stretch mark cepat pulih dengan adanya Vit C & ESP.
  • Kulit bertambah cerah dengan adanya ESP
  • Rambut dah kurangkan gugur dengan adanya ESP yg menguatkan rambut dan kuku
  • Suami pun rasa best, dah x yah mkn manjakani dgn adanya Alfalfa. Macam anak dara..
  • Badan bertenaga, tidur pun lambat. Kalau dulu belum pkl 9 dah terlepek. ini kerana dengan bantuan B complex dan VITALEA.
  • Tidak lagi diserang sakit kepala dengan adanya B complex dan OSTEMATRIX
  • Baby cepat kenyang dengan pengambilan ESP dan susu juga menjadi pekat.
  • Tidak lagi mengalami kejang kaki dengan adanya OSTEMATRIX
  • Senang bangun pagi pun sebab ada OSTEMATRIX
  • Dulu saya ni jenis susah buang air besar, kadang2 sampai seminggu sekali. Sekarang tiap2 hari saya dapat membuang lagi...dengan adanya ALFALFA

Sekarang saya bukan saja consume vitamin shaklee, saya juga amalkan gaya hidup selamat dengan menggunakan produk kebersihan seperti sabun basuh baju, pelembut, pencuci serbaguna, pencuci pinggan mangkuk. Selamat, bebas dari bahan merbahaya..

Sekiranya ingin mencuba, hubungi saya di 012 5756 992 atau boleh email ke ierniza83@gmail.com atau boleh juga tinggalkan message di FB page Natural Vitamin Shoppe

Tuesday, December 3, 2013

Cara berkesan atasi rambut gugur





Tidak kira lelaki dan wanita..Kedua-duanya mengalami masalah rambut gugur. Ada yang mengatakan masalah datang dari syampu yang salah, tetapi sebenarnya masalah hormon juga yang menyebabkan rambut gugur.

Apakah punca rambut gugur?

1) Penyakit Tiroid
- Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh sebabkan rambut gugur.

2) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
- Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan yang abnormal

3) Ubat-ubatan
- Sesetengah ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu.  Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi atau ubat cairkan darah dan pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut.


4) Selepas bersalin
Keguguran rambut selepas bersalin di alami oleh 40% wanita dan boleh menjadi pengalaman menakutkan bagi semua wanita. 

Apa petua tradisional yang boleh diamalkan untuk atasi rambut gugur?

5 sudu besar minyak zaitun
1 sudu serbuk kayu manis
2 biji telur
2 sudu madu lebah

Campurkan semua bahan di atas dan lumurkan keseluruh rambut dan kulit kepala.
Balut kepala dengan shower cap atau plastik

Biarkan selama 15 minit dan bilas.
Amalan ini boleh dilakukan 1 minggu sekali.

Alahai. Lecehnya nak main masak-masak. 

Apa suplemen untuk atasi rambut gugur?



Dirumus dari zink glukonat semulajadi + kalsium + serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Ada yang dah berjaya atasi rambut gugur?

Semestinya! 



Testimoni 1

Berikut adalah testimoni seorang customer yang menggunakan Zinc Complex Shaklee selama 2 bulan berturut-turut selepas bersalin.  Rambut dia telah tumbuh semula dan tahu kenapa? Ini adalah kerana Zinc boleh mengukuhkan akar rambut dan mengelakkan rambut dari gugur semula.





Testimoni 2


masalah rambut gugur

Testimoni 3

tip elak rambut gugur

Testimoni 4

masalah rambut gugur

Apa tanda-tanda kekurangan zink dalam badan?

Sistem imun/antibodi yang lemah (sering sakit) 
Rambut gugur
Luka lambat pulih
Lemah daya ingatan
Masalah kulit
Bintik putih di kuku
Hilang selera makan
Anemia
Deria bau yang terjejas
Lemah daya penglihatan
Tahap kesuburan dan nafsu seks yang rendah bagi para suami isteri


Apa fungsi dan kebaikan lain Zinc Complex?

1) Pengambilan jangkamasa panjang berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.
(2) Mengaktifkan 200 jenis enzim dan merangsang regenerasi sel, seterusnya menggalakkan pertumbuhan para remaja.
(3) Membentuk kolagen dan membantu pembentukan protein, seterusnya menggalakkan perkembangan kulit, kuku dan organ yang sihat.
(4) Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, sekaligus membaiki masalah diabetes.
(5)  Meningkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.
(6) Mempercepatkan pemulihan luka (luaran dan dalaman), memperbaiki masalah alergi dan bintik di kulit.
(7) Melindungi kesihatan prostat dan keadaan kerap kencing.  Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat pada kadar 70%.
(8) Membaiki kemampuan seks lelaki, meninggikan kiraan sperma, menggalakkan proses ovulasi yang sihat di kalangan wanita dan membantu penguncupan uterus.
(9)  Mengekalkan deria bau yang sihat.


Selain mengambil Zinc Complex Shaklee, untuk cepatkan pertumbuhan rambut, disyorkan mengambil sekali ESP kerana ia dapat membekalkan protein untuk membina rambut baru.




Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi saya =)

Monday, December 2, 2013

Perbezaan dan Keistimewaan Shaklee

Perbezaan dan Keistimewaan Shaklee


Selain dari menjalani ujian kualiti dan diperbuat dari bahan-bahan terpilih, cara vitamin-vitamin Shaklee bertindak juga berbeza.
Sebelum itu jom kita lihat bagaimana nutrien dari makanan kita diserap oleh sistem penghadaman kita:
sistem penghadaman manusia
Secara umumnya, kebanyakan nutrien makanan kita diserap di usus kecil. Proses pencernaan makanan bermula dari dalam mulut lagi, oleh air liur. Kemudian esofagus menghantar makanan yang kita kunyah, atau vitamin yang kita telan ke dalam perut. Asid hidroklorik dalam perut adalah sangat penting, bukan saja untuk pencernaan, malah ketidakseimbangan asid dalam perut boleh mendatangkan pelabagi masalah kesihatan, misalnya ulser perut, kelesuan melampau, rambut gugur dan sebagainya.
Pil vitamin Shaklee yang terbukti mempunyai bioavailabiliti yang tinggi (kadar penyerapan yang tinggi) telah diperbuat dengan coating atau ‘kulit’ yang bertindak mengawal nutrien-nutrien di dalamnya untuk ‘dilepaskan’ pada tempat yang sepatutnya, seperti dalam rajah di bawah misalnya:
penyerapan vitamin shaklee
Vita-Lea memiliki ciri ‘folic acid micro coating’ yang dilepaskan di dalam perut kerana beberapa nutrien terutama iodin diproses di sini. Vitamin A diserap di jejunum, oleh itu Carotomax tidak ‘pecah’ sebelum melepasi perut.  Vita-C dilengkapi dengan ‘gel diffusion’ agar khasiatnya bertahan selama 12 jam di dalam darah.
Untuk penyerapan yang lebih maksimum, adalah lebih baik beberapa vitamin diambil pada masa yang berbeza, misalnya pil yang mengandungi zat besi (Vita-Lea) dengan Kalsium (Ostematrix) kerana bukan saja kedua-duanya diserap di tempat yang sama, tapi juga kerana zat besi dan kalsium cenderung untuk ‘bind’ bersama-sama dan boleh menjadikan penyerapan kedua-dua nutrien ini terganggu.
Jadi, adakah vitamin ini tidak boleh diambil bersama-sama? Boleh, tiada masalah, cuma lebih baik diambil pada masa yang berbeza, ini kerana selain nutrien ini berpotensi untuk menghalang penyerapan antara satu sama lain, tubuh kita juga mempunyai keupayaan yang berbeza untuk menyerap nutrien. Malah, lebih baik vitamin larut lemak (ADEK) diambil selepas makan makanan berlemak/berminyak, dan vitamin larut air (B dan C) diambil bersama-sama.
Sekiranya mempunyai masalah dengan pengambilan vitamin, atau anda ingin mendapatkan pandangan yang lebih dalam, boleh hubungi pengedar anda.


Sunday, December 1, 2013

Vitamin Untuk Rambut Gugur

"Rambut saya banyak gugur!"

Rambut gugur selepas bersalin bukan satu fenomena baru kpd ibu bersalin. Ibu bersalin seakan fobia untuk menyisirkan rambut. Mana taknya, bila sikat saje, segengam rambut akan gugur. Itu belum lagi yang bertaburan di bilik atau di bilik air. Runsing! runsing! Rambut adalah mahkota wanita.

Rambut lambang mahkota wanita
Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut:

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Bagaimana mengatasi masalah ini?

  • Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
Rawatan rambut gugur bersama vitamin Shaklee:



  • Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu ESP, Zinc dan Vita-Lea (multivitamin).
  • Bertukarlah kepada syampoo yang kurang bahan kimianya dan lebih kandungan organik, iaitu Revitalizing Syampoo.
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Untuk mendapat kesan yang kebaikan yang optimum, anda perlu dapatkan set vitamin ini. Tapi jika anda ada kekangan bajet boleh dapatkan set bajet yang mengandungi Zinc dan B-Complex.

Jangan buat tak tahu tentang masalah rambut. Tidak sempurna kewanitaan itu jika rambut ibarat hidup segan mati tak mahu. Rambut mahkota wanita! Manjakan rambut kita dengan vitamin terbaik, semulajadi dan halal bersih. Jom amalkan! Shaklee memang best tau!


Ima 
012-5756992
Http://www.facebook.com/PerlisShaklee

KENAPA KITA HARUS MENCUCI USUS?

KENAPA KITA HARUS MENCUCI USUS?

Apa yang berlaku di dalam perut manusia ? 

Organ-organ dalam sistem pencernaan badan manusia mengandungi sebahagian besar
 lingkungan perut manusia. Segala apa yang dimakan dan diminum akan diserap oleh perut,
 usus kecil dan usus besar serta dihadamkan sebelum dihantar ke usus kecil untuk diproses.
 Terdapat 30 juta bulu-bulu kecil yang bertugas untuk menyerap makanan yang telah diproses
 untuk dihantar ke seluruh bahagian sel tubuh yang memerlukannya. 
Contoh bahagian-bahagian sel badan yang memerlukan ekstrak zat-zat makanan:

1. Bahagian sel yang sedang membesar seperti otot-otot badan
2. Bahagian sel yang sedang bertumbuh seperti rambut yang sedang memanjang
3. Bahagian sel yang sedang memanjang seperti tulang-tulang kaki atau tangan
4. Bahagian sel yang sedang digantikan seperti kuku yang telah dipotong

Penukaran makanan kepada tinja 

Selepas itu barulah hampas ( bakinya ) yang tidak digunakan atau diproses akan dihantar ke
 usus besar untuk diproses menjadi bahan buangan yang akhirnya akan disingkir keluar 
sebagai tinja ( najis )
 melalui proses penyahtinjaan.

Makanan tercemar merosakkan sistem pencernaan 

Kebanyakan bahan makanan dan minuman sekarang telah dicampur bahan-bahan kimia 
seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna dll yang menjejaskan keaslian
 bahan asal makanan atau minuman itu sendiri. Jika bahan pengawet digunakan untuk mengekalkan
 keadaan baru makanan atau minuman itu daripada rosak ( basi ), tentunya ia akan menjejaskan
 kebolehan sistem badan manusia untuk mencernakannya. Tambahan pula kini lebih banyak makanan 
dan minuman yang telah tercemar semasa disediakan seperti asap rokok, asap kenderaan, 
debu-debu dari jalan, habuk yang berterbangan di udara, losyen tangan, air klorin dll. Kesannya
 menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang 
penyakit-penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, sakit jantung dll.

Kesan buruk akibat pencernaan tidak sempurna

Proses penyahtinjaan ( penyingkiran bahan buangan ) yang sempurna akan 
mengeluarkan toksid ( toksin / racun ) dari dalam badan manusia. Tetapi jika proses
 ini terganggu, ianya akan menjejaskan kestabilan sistem badan seperti :
- mengurangkan daya imunisasi badan
- kekembungan, perut berangin
- mempercepatkan penuaan
- sakit dada, sesak nafas
- serangan angin ahmar
- mulut & nafas berbau
- buah pinggang mengecil
- masalah kulit

Usus kotor boleh menyebabkan kanser ( barah ) ?
Implikasi yang paling serius adalah usus akan kekurangan oksigen akibat dihadang 
oleh sisa-sisa kotoran yang telah menjadi pejal dan mendap pada dinding usus. Mengikut
kajian yang dijalankan, individu dewasa yang normal akan mengumpulkan sejumlah
 6 kilogram sisa pepejal ini sejak kecil jika tidak mengamalkan pemakanan yang betul
 atau memakan bahan yang mengandungi bahan kimia. Sel-sel usus akan menjadi
 lemah dan dalam banyak kes telah menyebabkan barah perut.

Oleh itu, usus manusia perlu dicuci dan dibersihkan dengan sempurna mengikut
 kaedah yang betul menggunakan sumber semulajadi yang tidak akan memberi kesan
 sampingan jangka panjang kecuali tindakbalas sementara semasa penyesuaian sahaja.


HERB LAX sangat-sangat membantu. Sesuai dengan tagline nya 'ENCOURAGE MILD CLEANSING
 ACTION'. Sesuai untuk ibu-ibu menyusu (dengan dos yang bersesuain, sila consult nutrition anda). 


Untuk details konsultasi, sila hubungi 

Ima Erniza 
Whatsapp : 012 5756 992